Selasa, 11 Oktober 2011

Satu projek permintaan dari gegirls Puncak Alam. Projek pembinaan banglo ditapak sebuah tanah lot sebelah rumah. Projek ini diilhamkan oleh saudari Qistina Balqis @ Sarah, pelajar dari SKPA. Perbincangan demi perbincangan antara kontraktor dan pemilik telah pun selesai pada 7/10/11 jam 9 malam. Hasil perbincangan ini telah membuahkan hasil dimana pemilik bersetuju untuk mendirikan sebuah rumah banglo berkeluasan 4x2 dengan ciri-ciri berikut ;
1. Tanpa bilik - ini akan menampakkan interior dalaman lebih luas kerana mereka akan tinggal berdua saje.
2. Dinding jaring - ia nye akan lebih sejuk dan selesa kerana menggunakan angin semulajadi dari luar.
3. Lantai jaring - pemilik boleh membuang ape saje dan dimana saje yang dirasakan perlu tanpa sempadan.
4. Bumbung fleksibel - boleh dibuka dan ditutup mengikut keadaan yang diperlukan.
5. Setelah di budget, kos pembinaan sebanyak RM118.50 - jadi nye pemilik tidak perlu membuat loan dengan bank.