Sepasang Arnab jenis LOP (telinga turun kebawah & berbulu tebal) telah di pindahkan kerumah baru. Aktif, cergas dan gembira pasangan ini lebih-lebih lagi first time duduk di hidangkan dengan makanan yang special "Premium Vegetable Classic" di order dari Living World.
Ambik kauuuu....macam kebulur sangat, habisss, bersih sehingga menjilat mulut dan perancangan mereka telah disusun mengikut schedule yang telah di plan kan seperti ;
1. Membeli stok makanan yang cukup untuk tempoh sebulan.
2. Perancang kluarga - ini sangat penting kerana sisuami hyper aktif.
Selasa, 11 Oktober 2011
Satu projek permintaan dari gegirls Puncak Alam. Projek pembinaan banglo ditapak sebuah tanah lot sebelah rumah. Projek ini diilhamkan oleh saudari Qistina Balqis @ Sarah, pelajar dari SKPA. Perbincangan demi perbincangan antara kontraktor dan pemilik telah pun selesai pada 7/10/11 jam 9 malam. Hasil perbincangan ini telah membuahkan hasil dimana pemilik bersetuju untuk mendirikan sebuah rumah banglo berkeluasan 4x2 dengan ciri-ciri berikut ;1. Tanpa bilik - ini akan menampakkan interior dalaman lebih luas kerana mereka akan tinggal berdua saje.
2. Dinding jaring - ia nye akan lebih sejuk dan selesa kerana menggunakan angin semulajadi dari luar.
3. Lantai jaring - pemilik boleh membuang ape saje dan dimana saje yang dirasakan perlu tanpa sempadan.
4. Bumbung fleksibel - boleh dibuka dan ditutup mengikut keadaan yang diperlukan.
5. Setelah di budget, kos pembinaan sebanyak RM118.50 - jadi nye pemilik tidak perlu membuat loan dengan bank.
5. Setelah di budget, kos pembinaan sebanyak RM118.50 - jadi nye pemilik tidak perlu membuat loan dengan bank.
Langgan:
Catatan (Atom)

